HIKMAH -Once, I used to use, heard and utter this word quite often, but something was lacking behind during that time - appreciation. Now, after going through all sort of journey in my life, I'm little bit kinda understand what it is all about. I believe that, He already set a plan in my life,and no matter how bad I feel about it, it all happened because of good reason. He fills my life time memory with different sort of flavours. Welcome to my time capsule - Flavour Of Life

Tuesday, July 22, 2008

Buah tangan dari rakan bloggers


Hmmm...sebenarnya penulis sendiri pun tidak tahu di manakah penulis harus memulakan bicara ini. Tetapi persoalan tentang persahabatan selalu sahaja bertandang di benak ini dan barangkali acap benar mendapat tempat di hati penulis untuk berkongsi bersama rakan-rakan. Tidak peduli kiranya pembaca bosan barangkali menatap dan membaca persoalan yang sama.
Adakalanya persahabatan ini sungguh pelik, dan kalau difikir memang memeningkan. Bagaimana kita boleh rapat dengan seseorang tetapi tiba-tiba kita boleh renggang dengannya tanpa sebab-sebab yang dapat dijelaskan. Betulkah kita berkawan sebab ada chemistry??? ( atau physiology mungkin???). Semua persoalan di atas mengalir dalam arus pemikiran penulis, dan adakalanya penulis gagal dalam mencari kepastian.
Kami sebenarnya bukanlah sahabat yang rapat. Sudah lama mengenali antara satu sama lain semenjak zaman KMB lagi, tetapi di antara kami, seolah-olah ada tembok besar yang menghalang. Satu kelas, tetapi patah perkataan yang keluar bicara antara kami boleh dibilang dengan jari. Si dia asyik mengatakan penulis seorang yang pendiam amat, ( bisu mungkin), sedangkan penulis memikirkan si dia tidak pernah pun mengambil kesempatan untuk cuba memahami penulis.
Siapakah si dia itu? Jangan anda semua salah faham kerana si dia yang penulis maksudkan adalah Cik Lin, teman penulis sejak dari KMB lagi, juga merangkap rakan bloggers. Tapi baru kini, kami berdua menjadi rapat sebagai shabat. Mungkin kerana minat kami yang sama menyatukan hati kami. Silap kami berdua juga kerana never found out this before. But i guess it never be too late for the friendshiep...( lainlah kalau bab2 kahwin terutamanya perempuan).
Minat kami yang sama dalam bidang penulisan membawa penulis mengenal dengan lebih dalam lagi hati budi Cik Lin. Secara jujur, penulis fikir dia seorang yang suka berterus terang dan sama seperti penulis, dia juga adakalanya agak pedas juga dalam berkata-kata. Acap kali juga mendapat sindiran pedas dari Lin, tapi rasanya tidak mengapa kerana penulis juag tidak kurang hebatnya dalam membalas sindiran Lin itu.
Pada hari selasa lalu, sedang khusyuk mambaca microb di perpustakaan, penulis ditegur oleh Lin. Dia mengatakan ingin mengambil segala nota yang penulis ada. Sebenarnya, telah lama dia membuat permintaan tersebut. Tentulah penulis senang mendengarnya kerana kedatangan Lin ke rumah memang sesuatu yang dinantikan selama ini.
Walaupun hampir empat tahun kami berkenalan, tetapi penulis tidak pernah merasa masakan Lin. Penulis mendengar cerita, selain dari menulis, Lin juga hebat dalam bab-bab masakan ni. Ingin menguji kesanggupan Lin, ( Kalian boleh menganggap permintaan gedik dari penulis ), penulis mengatakan kepada Lin yang penulis sudah lama mengidam untuk merasa masakan Lin. (Hehehe...teruk betulkan????)
Tepat seperti waktu yang dijanjikan, Lin tiba di rumah penulis dengan memakai baju kurung. Wah, tidak sangka sama sekali Lin memang betul-betul membawa buah tangan untuk rumah penulis. Hmmm secara jujurnya penulis sendiri tidak tahu apakah masakan yang Lin bawa tu, tapi rasanya itu cucur badak...Apapun nama masakan tersebut, yang pasti semua ahli rumah memuji-muji masakan. Penulis sempat merasa satu cucur pada malam tu.Timbul niat di hati untuk menyimpannya separuh untuk breakfast.....Kebetulan malam tu, tiba-tiba elektrik putus, apa lagi, penulis awal-awal lagi menutup mata. Sayang sekali, bangkit saja dari tidur pukul 2.30 paginya, penulis mendapati cuma tinggal satu lagi cucur di atas pinggan. Apa lagi, terus sahaja sumbat ke dalam mulut. Sangat sedap barangkali masakan Lin itu sampai tinggal cuma satu untuk penulis. Satu pun satulah, yang penting dapat merasa. (Nasib baik jugak ada tinggal satu, kalau tidak jadi Dang Anumlah dia orang). Apa pun, terima kasih dan arigato gozaimas buat Lin kerana bersusah payah masakkan cucur badak yang best buat penulis.

Friday, July 18, 2008

Mutiara Kata dari seorang Sahabat

Demam periksa......itulah salah satu rangkaian kata yang asyik sahaja bermain di fikiran penulis. Pastinya bukan penulis seorang sahaja, malah penulis dapat merasakan rakan rakan yang lain juga sedang merasakan bahang yang sama. Penulis dibeleggu resah yang tidak menentu kerana pencapaian akademik yang sedikit merundum semenjak dua menjak ini. Apa yang pasti, semenjak pembukaan sem baru lagi, bukan satu permulaan yang baik bagi penulis, kerana penulis masih lagi tercari- cari sentuhan yang hilang itu. ( Haha...ayat macam bermain bola). Seem like I lost my momentum for a while. Mungkinkah ini semua gara-gara gelaran student bintang yang diberikan oleh rakan-rakan???? Mungkin jua....kerana ini semua memberikan sedikit sebanyak tekanan dalam diri penulis.
Tidak ingin terus dibalut dengan rasa resah dan kalut yang tidak menentu, penulis akhirnya meminta pandangan dan tips dari salah seorang peajar bintang ( Secara peribadi, penulis fikir he is actually the real star..). Siapa lagi kalau tak si hanafi kita ni. Perbualan di bawah berlangsung pada pagi semalam.
" Nafi, cam ner ni...As rasa result as makin teruk jer....Sedih ar..........." Penulis memulakan perbualan. Hanafi terdiam sejenak, berfikir barangkali. Setelah beberapa ketika Hanafi akhirnya bersuara, " Cam nilah As, nafi fikir, As betulkan dulu niat as semasa membaca buku. Bacalah buku untuk gain knowledge, bukan semata-mata nak markah tinggi atau nak compete dengan orang. Sekarang ni, Nafi tengok as ni sedikit demi sedikit ke arah markah....Cuba as ingat balik, dulu pun as dapat markah tinggi bukan sebab as nak markah tapi As nak gain knowldge. Kalau niat kita ikhlas, automatik kita akan dapat markah tinggi dan dalam masa yang sama, tak tertekan walaupun mungkin kita gagal. Lagi pun, nanti kalau kita kerja, patient tak tanya berapa markah kita masa exam yang lepas-lepas, tapi cam ner kita apply ilmu yang kita dapat, betol tak????" Hanafi tampaknya ingin menutup bicara dengan satu persoalan.
Teliti dan kusyuk mendengar satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Hanafi, penulis yang pada awalnya tunduk sahaja, akhirnya mengangguk perlahan, mengakui kebenaran yang tiada ragunya lagi itu. Mungkin ingin mengurangkan sedikit keseriusan perbualan tesebut, Hanafi sempat berseloroh, " S0, inilah tazkirah kita pada pagi ini."
Pada kesempatan ini, tentulah penulis ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada hanafi kerana mutiara kata yang sangat berharga. Penulis fikir tiada yang sukar untuk mendapatkan semula momentum yang hilang itu. It is not that hard....Cuma, what all that i have to do is to feel relax sahaja semasa belajar, tidak perlu terlalu memikirkan persoalan markah.Finally, I should always keep in mind that what the most important thing is not to be the best, but to try my best. :)

Sunday, July 13, 2008

TAG Q

Thanx kat LIN sbb tag asz.
Instructions: Remove ONE question from below, and add in your personal question, make it a total of 20 questions, then tag 8 people in your list, list them out at the end of this post. Notify them in their chat box that he/she has been tagged.
1. Do you believe in love at first sight?Aha, masa awal remaja dulu cam yer jer. Pernah terfikir yang that person will be a realman in my life.But, bila fikir balik, itu lumrah masa zaman remaja. Bila bnyak kali luv at first sight ni, rupanya saya fikir itu semua adalah permainan jiwa yang terlalu berharap. Ini banyak mematangkan saya. The rite man should not necessarily be my luv at the first sight, but he is the one who come in to mylife at the rite time.
2. Have you ever felt so good? Why?Apabila btul2 dapat menunaikan solat dgn kusyuk dan memohon keampuan kepadaNya dengan kerendahan hati, rasa hilang dari dosa2 y lampau. Alangkah indahnya perasaan itu.........................
3. Apakah salah anggapan kawan2 yang ingin sangat2 dibetulkan????Ramai kwn beranggapan yang saya ni makan sikit dan diet mlampau, tapi sebenarnya tidak. Saya ni sebenarnya jenis yang agak berselera jugak kalau melihat makanan. Satu lagi, ramai orang ingat saya ni ulat buku dan rajin yang melampau, walhal saya ni biasa saja orangnya. Always believe in alance between study and enjoy.
4. If you can have 1 dream to come true, what would it be?Berada dalam syurga yang abadi
5. Do you believe in seeing a rainbow after the rain?saya merumpamakan rain itu adalah kehidupan saya pada first year dulu. Perit skali. I felt like others looked down at me n I almost cmpletely loose my self esteem. I didnt believe in my self. But yet, still didnt loose my hope, n alhamdulillah, in second year, i see the rainbow coming into my way. I get my momentum from the pathology and climbing slowly and slowly.
6. Do you like being who you are today?absolutely yes.
7. If you win RM1 million, what would you do?buat rumah idaman
8. If you meet someone that you love, would you confess to him/her?ehem. I alway hoping that my love to him will be reflected on my eyes and he can see through it. Kalian pernah baca x blog saya sblum ni??? I think i will never ever confess, instead i rather show my sincerity through my act. lagi pun, pihak laki yang kna mulakan dulu. huhu
9. Your fav country?netherland
What are the requirements that you wish from your other half? pnyayang, pandai mmujuk, memahami, ada sense of joke
11. Which type of cars you love the most? kereta kuda y dinaiki cenderella.
12. Please put one quote below. Its difficult to be a mirror of ourself, so always listen to a good sound advice from others.
13. If you have faults, would you rather the people around you point out to you or would you rather they keep quiet?Of course, just tell me straight away rather than berbelit2 di sana sini. tetulah sy sngt gembira mndapat nasihat rakan2, it shows that they do care about me. But, please make it personal. Janganlah nk bg nasihat depan2 org lain, kerana saya terasa seperti air muka saya dijatuhkan. Satu lagi, plissssssssssssssssssssss jangan pakai org tngah. Konon x nk salah fahamlah kalau pakai orang tngah, but i think it rather that u already burukkan orang tu.
14. What do you think is the most important thing in your life?Iman
15. Are you a shopaholic or not?haha, tiap minggu spend money, wat else???
16. What kind of electronic device/gadget you own that you like most?I am not really a tech-savvy but I really fond on my new nset that i bought yesterday.
17. If you have a chance, which part of your character you would like to change?Berharap sangt agar saya mnjadi org yang lebih pengemas dan sistermatik. Lagi satu amat berharap agar saya dapat mngurangkan waktu menilik di cermin sbb ada seorang sahabat sangat mluat dengan perangai saya yang satu ni.
18. If given a chance, do you want to see your future?nope, takut seyh~
19. Will u get married? masuk posting pediatric, tiba2 rasa nk kawen.haha
20. Who is that person? The right person at the rite time:)

Thursday, July 10, 2008

Yang Terindah

Tidak perlu menjadi terlalu CANTIK utk menilai ssuatu yang INDAH. Kerana tiada apa yang indah dalam dunia ini mlainkan ianya dilihat dengan hati yang juga indah. Indah itu, adalah sesuatu yang cukup subjektif, dan itu semua patut dilihat dengan pandangan hati, bukan pandangan mata yang adakalanya menipu. Hanya hati yang luhur sahaja yang bisa menilai. Sebagai manusia biasa, tidak perlu menjadi sempurna untuk dilihat sebagai indah, kerana pada hakikatnya, hanya Allah S.W.T sahaja yang sempurna.
Pengalaman melawat seorang kanak-kanak down syndrom semalam memberikan perasaan yang cukup indah dalam jiwa penulis. Dilahirkan dalam keadan yng serba kekurangan, jauh sekali dari sempurna, bukanlah satu penghalang bagi kanak-kanak perempuan itu untuk menjalani kehidupan gembira saperti kanak-kanak normal yang lain. Berusia tujuh tahun, dia cukup petah berbicara dan bersikap ramah pula terhadap kami yang melawatnya. Kagum sekali melihat dia. Terdetik di hati penulis, disebalik kekurangan tersebut, Allah mngurniakan seribu satu macam hikmah dan kelebihan.
Ya, memang benar, kanak-kanak ini memang mempamerkan ciri-ciri tipical kanak-kanak down syndrome. Tapi, dia tidak sedikit pun menunjukkan dia bersedih kerana dilahirkan dalam keadaan sedemikian. Malah, dia asyik tersenyum ceria sahaja sepanjang lawatan kami itu. Walaupun perkembangan fizikalnya agak terbantut, (orangnya kecil molek sahaja), tapi kepetahan komunikasinya agak baik. Dia tidak seperti kanak-kanak yang lain yang agak takut-takut melihat doktor. Penulis agak terhibur melihat keletahnya yang sangat ceria. Tambahan lagi, dia dikurniakan wajah yang sangat kawaiii. Dia asyik memegang steatescope yang diberikan kepadanya. "same, same,"katanya kepada DR Basya, sambil mnunjukkan steatescope yang dipegannya dengan steatoscope yang melilit di leher DR Basya. Peristiwa ini amat mencuit hati penulis.
Kami meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat kanak-kanak tersebut. Amat berat hati penulis untuk meninggalkan kanak-kanak tersebut keseorangan tatkala tiba masanya mngucapkan selamat tinggal. Kanak-kanak perempuan itu mengucapkan selamat tinggal sambil melambaikan tangannya dengan penuh bersemangat. Apa pun, penulis amat berharap agar Allah memberikan peluang untuk bertemu dengan kanak-kanak ini lagi pada masa akan datang,

Sunday, July 6, 2008

kalau mau tips, minta saja

Bila tiba satu saat, manusia y hatinya sudah pincang mampu mbuat apa sahaja. Bila pintu hati sudah diselubuni awan hitam, langit y putih sudah tidak lagi klihatan. Bila hati sudah dikuasai oleh tipu daya dunia, akal y waras hilang entah k mana, harapnya tidak tercabut terus.
Mungkin pngalaman pnulis hari ini tidak terlalu mlampau, p sudah cukup utk mbuktikan, manusia zaman skrng ini sudah pincang dari pgangan n nilai hidup y luhur. Tambah mnyedihkan, bila mngingatkan plakunya seorang muslim.
Hari ini, pnulis bersama sorang rakan membeli iron board baru, bersama sdiki brg dapur di kdai city supermarket, y majority pekerjanya mngaku muslim. Tidak mampu mngangkat smua brg tersebut, inilah time y terbaik utk mngutilize delivery services. Resit bayaran kami tinggalkan, kerana alamat dicatat disitu jugak. Tiba saat y dinantikan, pekerja tersebut pun sampai di apartment kami dan sahabat saya pgilah mnyambut barang tersebut. Agak terkejut, kerana pekerja tersebut tidak mmbawa resit. Hati sahabat pnulis mula diserbu rasa was2 dan ragu. Masakan tidak, apabila pekerja delivery itu mendakwa kononya kami tidak mmbayar lagi susu y kami beli dan mminta kami mmbayarnya. Mau tidak mau, terpaksalah sahabat pnulis memberikan RS 90 kpada pekerja tersebut.
Oleh kerana tidak berpuas hati dan timbul rasa syak y pekerja delivery itu menipu, kami pun tanpa lengah mnyerbu city supermarket. Apa y mbuatkan pnulis mahu tergelak ialah, pekerja delivery itu masih mau mnipu, kali ini dgn rakan sekerja ( cashier)...Dan cashier pulak cam wat2 x fhm dan seolah2 mau mmbela rakan y wat salah. kami mminta utk mmeriksa resit, dan cashier mngeluarkan duplicate resit. ( mungkin pekerja delivery tu telah mnghilangkan resit itu). Terbukti kami d pihak y benar. Tapi, kalau dah keling tu keling gak lah kan...cashier tu masih lagi tidak mau mndengar tututan kami dan mminta kami pergi kpada cashier seorang lagi. Sblum tu, kami smpat lagi mnjerit marah, "the problem is this is the second time!'. Bertekak punya bertekak, akhirnya kami dapat apa y kami nk. Sbnarnya, bukanlah kani nk sngt duit Rs 90 tu, tapi org2 pnipu sprti ni perlu diajar, agar tidak mngambil ksempatan k atas org lain pada masa akan datang.

Friday, July 4, 2008

mnilai erti cinta dan sayang

Adakalanya kata cinta dan sayang hnyalah skadar mniti dan terlafaz di bibir sahaja, tanpa adanya nilai y hadir dari jiwa y luhur. sudah tentu ia ibarat angin lalu. Dan adakalanya juga, ada rasa cinta y tidak terlafaz atau terucap, tp cukup dibuktikan dgn perbuatan dan perlakuan.
Megapakah timbul persoalan di atas???Mengapa wujudnya 2 spectrum y berbeza??? Di satu sudut, cinta pura2, di satu penjuru, cinta yang luhur. Soalnya skarang, bagaimanakah mngukur dan mnilai cinta dan sayang????Benar, persoalan ini rumit skali, kerana bukankah rasa cinta dan sayang itu ssuatu y subjektif?? Dan, bukankah cinta dan sayang itu sendiri mrupakan ssuatu y x dapat diukur. Jangan sskali mngucapkan kata sayang, jika diri x sanggup bkorban, jngn sskali mngucapkan kata syang, jika diri sendiri tidak tahu mnilai dan mnghargai.
Pnulis mnilai rasa cinta dan sayang bdasarkan ksabaran sseorang.knaperkah aspek sabar?? Kerana sabar mwakili ksanggupan ssorang utk brtahan dan mnanggung dgn apa jua keadaan. Di sini, tidak sskali pun timbul di sudut hati ini utk bersifat mnunjuk2, ttapi niat pnulis hnyalah utk mbwakan seribu satu ragam sikap manusia. Pnulis pernah mmbuat satu benda baik terhadap salah seorang sahabat pnulis, tanpa timbul sedkit niat pun utk dipuji atau dibalas. Tanpa di duga sahabat penulis mlafazkan kata2, "ni sayang as ni, ". Pnulis tidak mampu utk berkata apa2 mlainkan mmbalas, "yerlah tu." Hati ini sedikit tergelak sinis mngingatkan karenah sahabat pnulis y seorang ini. Kerana pnulis sudah masak benar dgn perangainya. Time buat baiklah baru nk ckp, alangkah tidak ikhlasnya.....
Keesokan harinya, pnulis telah tersilap ckp trhadap sahabat pnulis y seorang ini. Puas mminta maaf dgnnya, tapi dia mmbalas dgn kata2," Apa, kau saja nk cari gaduh?" Pnulis berhenti mminta maaf lantaran mmikirkan dia sendiri tidak ingin mncari jalan damai, tambahan pula, pnulis mmikirkan biarlah dia mnilai dan berfikir. Cuma satu doa, pnulis amat berharap agar dia dapat mnilai smula kata2 yang dia ucapkan kpd pnulis shari sblumnya. Ini kerana, pnulis telah bnyak bersabar dgn karenah dia. Adakalanya, dia slalu sahaja mngeluarkan kata2 y mnyakitkan dan mnyebalkan hati pnulis, ttapi pnulis biarkan dan maafkan sahaja, kerana syng y mungkin x trucap. Dgn ksabaran pnulis ini, amat berharap agar dia dapat mnilai dan berhenti mmbuat bnda y bnyak dia buat terhadap sahabat yang lain. Janganlah datang kepada pnulis jika diri dalam ksuntukan dan kpayahan sahaja.