HIKMAH -Once, I used to use, heard and utter this word quite often, but something was lacking behind during that time - appreciation. Now, after going through all sort of journey in my life, I'm little bit kinda understand what it is all about. I believe that, He already set a plan in my life,and no matter how bad I feel about it, it all happened because of good reason. He fills my life time memory with different sort of flavours. Welcome to my time capsule - Flavour Of Life

Thursday, July 10, 2008

Yang Terindah

Tidak perlu menjadi terlalu CANTIK utk menilai ssuatu yang INDAH. Kerana tiada apa yang indah dalam dunia ini mlainkan ianya dilihat dengan hati yang juga indah. Indah itu, adalah sesuatu yang cukup subjektif, dan itu semua patut dilihat dengan pandangan hati, bukan pandangan mata yang adakalanya menipu. Hanya hati yang luhur sahaja yang bisa menilai. Sebagai manusia biasa, tidak perlu menjadi sempurna untuk dilihat sebagai indah, kerana pada hakikatnya, hanya Allah S.W.T sahaja yang sempurna.
Pengalaman melawat seorang kanak-kanak down syndrom semalam memberikan perasaan yang cukup indah dalam jiwa penulis. Dilahirkan dalam keadan yng serba kekurangan, jauh sekali dari sempurna, bukanlah satu penghalang bagi kanak-kanak perempuan itu untuk menjalani kehidupan gembira saperti kanak-kanak normal yang lain. Berusia tujuh tahun, dia cukup petah berbicara dan bersikap ramah pula terhadap kami yang melawatnya. Kagum sekali melihat dia. Terdetik di hati penulis, disebalik kekurangan tersebut, Allah mngurniakan seribu satu macam hikmah dan kelebihan.
Ya, memang benar, kanak-kanak ini memang mempamerkan ciri-ciri tipical kanak-kanak down syndrome. Tapi, dia tidak sedikit pun menunjukkan dia bersedih kerana dilahirkan dalam keadaan sedemikian. Malah, dia asyik tersenyum ceria sahaja sepanjang lawatan kami itu. Walaupun perkembangan fizikalnya agak terbantut, (orangnya kecil molek sahaja), tapi kepetahan komunikasinya agak baik. Dia tidak seperti kanak-kanak yang lain yang agak takut-takut melihat doktor. Penulis agak terhibur melihat keletahnya yang sangat ceria. Tambahan lagi, dia dikurniakan wajah yang sangat kawaiii. Dia asyik memegang steatescope yang diberikan kepadanya. "same, same,"katanya kepada DR Basya, sambil mnunjukkan steatescope yang dipegannya dengan steatoscope yang melilit di leher DR Basya. Peristiwa ini amat mencuit hati penulis.
Kami meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat kanak-kanak tersebut. Amat berat hati penulis untuk meninggalkan kanak-kanak tersebut keseorangan tatkala tiba masanya mngucapkan selamat tinggal. Kanak-kanak perempuan itu mengucapkan selamat tinggal sambil melambaikan tangannya dengan penuh bersemangat. Apa pun, penulis amat berharap agar Allah memberikan peluang untuk bertemu dengan kanak-kanak ini lagi pada masa akan datang,

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kamu di tag juga.jgn tak jawab tau:)

July 11, 2008 at 6:17 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home