HIKMAH -Once, I used to use, heard and utter this word quite often, but something was lacking behind during that time - appreciation. Now, after going through all sort of journey in my life, I'm little bit kinda understand what it is all about. I believe that, He already set a plan in my life,and no matter how bad I feel about it, it all happened because of good reason. He fills my life time memory with different sort of flavours. Welcome to my time capsule - Flavour Of Life

Tuesday, July 22, 2008

Buah tangan dari rakan bloggers


Hmmm...sebenarnya penulis sendiri pun tidak tahu di manakah penulis harus memulakan bicara ini. Tetapi persoalan tentang persahabatan selalu sahaja bertandang di benak ini dan barangkali acap benar mendapat tempat di hati penulis untuk berkongsi bersama rakan-rakan. Tidak peduli kiranya pembaca bosan barangkali menatap dan membaca persoalan yang sama.
Adakalanya persahabatan ini sungguh pelik, dan kalau difikir memang memeningkan. Bagaimana kita boleh rapat dengan seseorang tetapi tiba-tiba kita boleh renggang dengannya tanpa sebab-sebab yang dapat dijelaskan. Betulkah kita berkawan sebab ada chemistry??? ( atau physiology mungkin???). Semua persoalan di atas mengalir dalam arus pemikiran penulis, dan adakalanya penulis gagal dalam mencari kepastian.
Kami sebenarnya bukanlah sahabat yang rapat. Sudah lama mengenali antara satu sama lain semenjak zaman KMB lagi, tetapi di antara kami, seolah-olah ada tembok besar yang menghalang. Satu kelas, tetapi patah perkataan yang keluar bicara antara kami boleh dibilang dengan jari. Si dia asyik mengatakan penulis seorang yang pendiam amat, ( bisu mungkin), sedangkan penulis memikirkan si dia tidak pernah pun mengambil kesempatan untuk cuba memahami penulis.
Siapakah si dia itu? Jangan anda semua salah faham kerana si dia yang penulis maksudkan adalah Cik Lin, teman penulis sejak dari KMB lagi, juga merangkap rakan bloggers. Tapi baru kini, kami berdua menjadi rapat sebagai shabat. Mungkin kerana minat kami yang sama menyatukan hati kami. Silap kami berdua juga kerana never found out this before. But i guess it never be too late for the friendshiep...( lainlah kalau bab2 kahwin terutamanya perempuan).
Minat kami yang sama dalam bidang penulisan membawa penulis mengenal dengan lebih dalam lagi hati budi Cik Lin. Secara jujur, penulis fikir dia seorang yang suka berterus terang dan sama seperti penulis, dia juga adakalanya agak pedas juga dalam berkata-kata. Acap kali juga mendapat sindiran pedas dari Lin, tapi rasanya tidak mengapa kerana penulis juag tidak kurang hebatnya dalam membalas sindiran Lin itu.
Pada hari selasa lalu, sedang khusyuk mambaca microb di perpustakaan, penulis ditegur oleh Lin. Dia mengatakan ingin mengambil segala nota yang penulis ada. Sebenarnya, telah lama dia membuat permintaan tersebut. Tentulah penulis senang mendengarnya kerana kedatangan Lin ke rumah memang sesuatu yang dinantikan selama ini.
Walaupun hampir empat tahun kami berkenalan, tetapi penulis tidak pernah merasa masakan Lin. Penulis mendengar cerita, selain dari menulis, Lin juga hebat dalam bab-bab masakan ni. Ingin menguji kesanggupan Lin, ( Kalian boleh menganggap permintaan gedik dari penulis ), penulis mengatakan kepada Lin yang penulis sudah lama mengidam untuk merasa masakan Lin. (Hehehe...teruk betulkan????)
Tepat seperti waktu yang dijanjikan, Lin tiba di rumah penulis dengan memakai baju kurung. Wah, tidak sangka sama sekali Lin memang betul-betul membawa buah tangan untuk rumah penulis. Hmmm secara jujurnya penulis sendiri tidak tahu apakah masakan yang Lin bawa tu, tapi rasanya itu cucur badak...Apapun nama masakan tersebut, yang pasti semua ahli rumah memuji-muji masakan. Penulis sempat merasa satu cucur pada malam tu.Timbul niat di hati untuk menyimpannya separuh untuk breakfast.....Kebetulan malam tu, tiba-tiba elektrik putus, apa lagi, penulis awal-awal lagi menutup mata. Sayang sekali, bangkit saja dari tidur pukul 2.30 paginya, penulis mendapati cuma tinggal satu lagi cucur di atas pinggan. Apa lagi, terus sahaja sumbat ke dalam mulut. Sangat sedap barangkali masakan Lin itu sampai tinggal cuma satu untuk penulis. Satu pun satulah, yang penting dapat merasa. (Nasib baik jugak ada tinggal satu, kalau tidak jadi Dang Anumlah dia orang). Apa pun, terima kasih dan arigato gozaimas buat Lin kerana bersusah payah masakkan cucur badak yang best buat penulis.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

as ni.malu la lin puji2 camni.*blushing*.ngeh3.tu lah kan,kt kmb xnak ckp lgpon kita xsama blok jmpa kt kelas je.jgn la terasa dgn lin yek.mmg ske kacau2 as tapi tu gurau2 je xde maksud nk sakitkan hati.


*as itu comel*

July 26, 2008 at 12:12 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home