HIKMAH -Once, I used to use, heard and utter this word quite often, but something was lacking behind during that time - appreciation. Now, after going through all sort of journey in my life, I'm little bit kinda understand what it is all about. I believe that, He already set a plan in my life,and no matter how bad I feel about it, it all happened because of good reason. He fills my life time memory with different sort of flavours. Welcome to my time capsule - Flavour Of Life

Friday, July 18, 2008

Mutiara Kata dari seorang Sahabat

Demam periksa......itulah salah satu rangkaian kata yang asyik sahaja bermain di fikiran penulis. Pastinya bukan penulis seorang sahaja, malah penulis dapat merasakan rakan rakan yang lain juga sedang merasakan bahang yang sama. Penulis dibeleggu resah yang tidak menentu kerana pencapaian akademik yang sedikit merundum semenjak dua menjak ini. Apa yang pasti, semenjak pembukaan sem baru lagi, bukan satu permulaan yang baik bagi penulis, kerana penulis masih lagi tercari- cari sentuhan yang hilang itu. ( Haha...ayat macam bermain bola). Seem like I lost my momentum for a while. Mungkinkah ini semua gara-gara gelaran student bintang yang diberikan oleh rakan-rakan???? Mungkin jua....kerana ini semua memberikan sedikit sebanyak tekanan dalam diri penulis.
Tidak ingin terus dibalut dengan rasa resah dan kalut yang tidak menentu, penulis akhirnya meminta pandangan dan tips dari salah seorang peajar bintang ( Secara peribadi, penulis fikir he is actually the real star..). Siapa lagi kalau tak si hanafi kita ni. Perbualan di bawah berlangsung pada pagi semalam.
" Nafi, cam ner ni...As rasa result as makin teruk jer....Sedih ar..........." Penulis memulakan perbualan. Hanafi terdiam sejenak, berfikir barangkali. Setelah beberapa ketika Hanafi akhirnya bersuara, " Cam nilah As, nafi fikir, As betulkan dulu niat as semasa membaca buku. Bacalah buku untuk gain knowledge, bukan semata-mata nak markah tinggi atau nak compete dengan orang. Sekarang ni, Nafi tengok as ni sedikit demi sedikit ke arah markah....Cuba as ingat balik, dulu pun as dapat markah tinggi bukan sebab as nak markah tapi As nak gain knowldge. Kalau niat kita ikhlas, automatik kita akan dapat markah tinggi dan dalam masa yang sama, tak tertekan walaupun mungkin kita gagal. Lagi pun, nanti kalau kita kerja, patient tak tanya berapa markah kita masa exam yang lepas-lepas, tapi cam ner kita apply ilmu yang kita dapat, betol tak????" Hanafi tampaknya ingin menutup bicara dengan satu persoalan.
Teliti dan kusyuk mendengar satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Hanafi, penulis yang pada awalnya tunduk sahaja, akhirnya mengangguk perlahan, mengakui kebenaran yang tiada ragunya lagi itu. Mungkin ingin mengurangkan sedikit keseriusan perbualan tesebut, Hanafi sempat berseloroh, " S0, inilah tazkirah kita pada pagi ini."
Pada kesempatan ini, tentulah penulis ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada hanafi kerana mutiara kata yang sangat berharga. Penulis fikir tiada yang sukar untuk mendapatkan semula momentum yang hilang itu. It is not that hard....Cuma, what all that i have to do is to feel relax sahaja semasa belajar, tidak perlu terlalu memikirkan persoalan markah.Finally, I should always keep in mind that what the most important thing is not to be the best, but to try my best. :)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home