HIKMAH -Once, I used to use, heard and utter this word quite often, but something was lacking behind during that time - appreciation. Now, after going through all sort of journey in my life, I'm little bit kinda understand what it is all about. I believe that, He already set a plan in my life,and no matter how bad I feel about it, it all happened because of good reason. He fills my life time memory with different sort of flavours. Welcome to my time capsule - Flavour Of Life

Thursday, January 8, 2009

Mengimbau kenangan KMB di Manipal


Saya bukanlah teman paling rapat dalam hidup gadis ini, kerana rasanya masih ramai lagi teman-teman mengisi ruang hidupnya. Ringkasnya, saya bukanlah sesiapa. Tetapi, walau siapa pun saya di sisinya, namun gadis ini tetap istimewa di hati. Gadis istimewa ini bukanlah gadis yang luar biasa tetapi paradoxnya, dia seorang yang bersederhana dan merendah diri dari segenap sudut. Mungkin ini menyebabkan dia disenangi oleh ramai kawan ( termasuklah diri saya) dan mudah didekati.




Sepanjang cuti lalu, saya telah mngikuti satu rombongan trip teman saya ke Kodai, trivandrum dan juga Manipal. Tetapi kenangan bersama gadis ini jualah yang mencuri tempat di hati saya untuk dikongsi bersama teman.( Janganlah sangkakan saya ni lesbian pulak yer). Gadis yang saya maksudkan di sini ialah Wan syafinee. Kenangan dua hari di Manipal bersama Finee ( panggilan manjanya), banyak mengimbau kenangan selama dua tahun di Kolej Mara Banting. Indahnya menyulam kenangan bersama walaupun peritnya hidup di KMB adalah sesuatu yang sangat sukar ditelan.




Ada rahsia antara kami berdua yang saya hampir lupakan. Masakan tidak, tempoh selama tiga tahun rasanya cukup untuk melupakan kita tentang sesuatu yang pernah kita simpan dahulu. Hampir saya lupa tentang siapa saya sebelum menjejakkan kaki ke bangalore. Dan secara jujurnya, saya amat malu dengan rahsia itu!!!!!!!!!!.




Dari Calicut, Kami tiba di stesen keretapi Manipal pada pukul 4.45 pagi. Perjalanan tidak terasa penatnya kerana saya dapat tidur dengan nyenyaknya. Dari sini, kami menaiki bas untuk pergi ke bandar Manipal. Pada pukul lebih kurang 8 pagi, kami selamat tiba dengan masing- masing mata berpinar-pinar dan muka tak terurus. Mana tidaknya, sudah tidur dalam train, sambung lagi tidur dalam bas. Kalian boleh terima tak???? Tidak ingin menjadi perhatian rakyat manipal kerana keanehan kami, makanya, sahabat yang paling rapat dengan Finee iaitu wani menelefon finee agar datang menjemput kami.


Tidak beberapa lama kemudian,muncullah gadis yang kami semua nantikan. Finee mnyapa wani mesra dengan trademarknya ' Wats up2". saya lihat dia masih lagi tidak berubah. Peramah, kelakar dan cemerkap masih seperti dulu.Sedar kami smua (Rombongan seramai 9 orang) dalam kepenatan dan kelaparan, Finee membawa kami semua ke cafeteria kolejnya. Sebenarnya, inilah pengalaman pertama saya melawat Manipal. Menjejakkan kaki ke cafeterianya sahaja sudah cukup membuatkan saya terkagum. Tidak dapat tidak, saya membanding-bandingkan kemudahan yang ada di sini dengan yang ada dekat Kolej Ramaiah. Timbul rasa sedikit iri hati melihat frasarana yang jauh lebih maju di kolej ini berbanding dengan tempat saya belajar. Masakan tidak, cafeterianya sahaja ada menghidangkan masakan Malaysia. Apa lagi, tidak sahlah keluangan kami di cafeteria ini jika tidak ramai-ramai pekenakan nasi lemak dan teh ais. betul x???




Usai menjamu selera, rombongan perempuan di bawa menginap di kediaman Finee, Rombongan lelaki pula dibawa pulang oleh teman2 tempatan Manipal. Tidaklah pula saya kenal siapa mereka, kerana mereka pun tidak berminat untuk berkenalan dengan saya. Di penginapan Finee, kami berehat-rehat buat seketika menghilangkan lenguh di badan. Tambahan pula, nikmat mandi ingin juga dinikmati memandangkan kami bakal menempuh program seterusnya, yang janji finee, " Sungguh indah dan bermakna."




Petang itu kami di bawa bersiar-siar ke air tejun yang paling cantik di sini. Kami hanya mampu menjejakkan kaki, tetapi tidak berpeluang menikmati keindahannya kerana tempat itu sdah ditutup. Kami semua teramat hampa sekali. Bayangkan dua jam perjalanan!!!Alang-alang sudah keluar meronda, kami tidak mahu menghampakan diri masing2. Nekad, kami meneruskan perjalanan ke suatu tempat. Saya sendiripun tidak pasti di bumi manakah saya terdampar....tapi Alhamdulillah masih lagi di bumi ciptaan Ilahi yang indah. Walau tidak mampu menikmai nyaman air terjun, tapi indah gunung -ganang yang terbentang di hadapan mata, membuatkan hati kecil saya berkali-kali memuji kebesaran Ilahi. Bertapa kerdilnya diri dalam mencari tenang-Nya. Bertapa selama ini saya terlalai.


Malam itu, rombongan perempuan di pertemukan dengan teman-teman lama kami dari kolej Mara Banting dan juga Kolej Teknologi Timur. Pertemuan itu hanyalah makan-makan biasa sahaja. Saya tidak tahu pula apakah yang dilakukan oleh pihak rombongan lelaki. Rasanya pertemuan yang seumpamanya mungkin terjadi di pihak mereka. Masing2 membawa haluan masing-masing.


Esoknya, mungkin kerana masih lagi dihimpit rasa penat, kami semua bangkit lewat daripada tidur. Kami di bawa meronda-ronda sekitar tempat ini sahaja. End point menjadi venue kami pada waktu matahari tegak di atas kepala ( memang tak de kerjakan?), melawat librari ( Gambar saya dengan finee di tangkap di sini), dan muzium (bnyak sangat benda sampai x larat). Sebenarnya kami terasa amat haus kerana terpacak di end point jadi kami pun singgah untuk meminum air juice yang bagi saya semua sedap-sedap. Lebih kurang pukul 3. petang kami singgah ke bandar oodopi. Saya sempat membeli sehelai kain sari yang sangat murah di sini. Malamnya, kami bertolak pulang ke bangalore dengan menaiki bas. Finee yang amat baik tu tidak lokek menghulurkan bantuan mengangkut beg2 penulis yang berat-berat belaka. Mengucapkan salam perpisahan tentulah amat berat sekali, namun setiap pertemuan pasti ada pengakhirannya. Sayonara


Tidak mahu terputus terus hubungan, maka kami saling bertukar contact. Pada saya pertemuan dengan finee adalah pertemuan yang berharga dan bermakna. Dia adalah sahabat yang membolehkan saya berasa bebas mengexpresskan siapa diri saya yang sebenar. Mengendong skuter bersama, seolah-olah ronda-ronda dalam kampung. seringnya kami sering bersorak berdua, x ubah macam minah rempit pula.Adakalanya malu dengan diri sendiri bila penduduk tempatan di sini sepertinya memandang semacam , tapi asal enjoy, tidak perlu dirisaukan itu semua. Sebenarnya, tidak dapat tidak, rasa bimbang bertandang di hati kala seorang teman saya mahu meninggalkan saya buat satu malam kerana mahu mnumpang di rumah sahabatnya, namun layanan Finee menyebabkan saya tidak berasa kesunyian dan keseorangan pada malam tu. Sikapnya yang tidak ignorance dengan orang yang sekelilingnya menyebabkan saya tidak terasa dipinggirkan. Malah adakalanya, bila ternampak saya bersedih, dia tidak berat mulut untuk bertanya " Bakpo mung ni weh, napok monyok jah". Walaupun pastinya saya tidak akan menjawab, tetapi sebaris soalan dari gadis ini menjadi penawar kepada hati ini. Alangkah concernnya dia kepada sahabat-sahabatnya. Seronok berborak dengan Finee dalam loghat kelantan yang cukup pekat. Paling tidak lupa, pengalaman bermanja dengan Finee, di mana saya tanpa rasa malu melelapkan mata seketika di pangkuannya.


Suatu ketika dahulu, saya pernah melihat dia menangis di KMB kerana kehilangan ayahnya yang tersayang. Saya tahu, dia lebih rapat dengan ayahnya berbanding dengan ibunya. Dan kehilangan itu pastinya amat sukar dicari ganti. Saya kagum melihat kekuatan luar biasa yang ada pada dirinya untuk kembali tersenyum dan menceriakan sahabat-sahabatnya yang lain, termasuklah dengan diri saya sendiri. Bersyukur dengan pertemuan semula ini, saya yakin ini semua satu rahmat daripada-Nya.
P/S: rahsia kami, dia suka menggelarkan saya dengan panggilan pheweet. :>













2 Comments:

Blogger HaRdIeX d bLoG said...

peewweeeeeeeeeeettttt........

January 13, 2009 at 8:12 PM

 
Blogger firus andaman said...

haha, anda foreigner dari mana yer??? x add pun sy=(

January 14, 2009 at 5:53 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home