Sejak alam kanak-kanak lagi, zaman dimana jari jemari halus kita ligat bermain-main dengan pensel warna, crayon, cat air, saya sememangnya suka mencoteng. Masih ingat lagi, pening kepala ibu melihat "hasil seni " saya yang terpampang di dinding rumah. Pantang ditinggalkan sekejap, pastinya ada sahaja bahagian dinding rumah menjadi mangsa palitan darah seni saya. Meniti usia, saya matang sedikit, dan mula memahami kesukaran ibu saya membersihkan comotan di dinding. Hasil seni saya juga menunjukkan sedikit kematangan. Daripada contengan yang langsung tidak difahami motifnya, jari jemari ini makin lembut pula mereka-reka fesyen pakaian, sesuailah dengan jiwa perempuan......
Mungkin saya pernah berangan-angan untuk menjadi pereka fesyen suatu ketika dahulu, tetapi saya tidak cukup yakin untuk merealisasikan impian sendiri, lantas hobi mereka-reka pakaian juga terbenam begitu sahaja. Sementelahan pula, tatkala menjejakkan kaki ke alam persekelohan pula, saya sibuk dengan pelbagai akiviti, lataran itu, minat saya ini tenggelam terus. Tamat pengajian di KMB pula, minat dalam bidang penulisan pula yang tersemai dalam diri ini, walaupun tidak pernah mampu menyempurnakan satu karya pun. =(
Tetapi, saya tidak pernah menduga sama sekali, 'penghijrahan' saya ke bumi India ini, membawa saya kembali kepada minat saya semasa kecil-kecil dahulu...Namun, apa yang dapat saya gambarkan di sini, mereka fesyen sememangnya adalah salah satu daripda 'jiwa' saya - rasa puas apabila rekaan baju berjaya disempurnakan. Tidak dapat saya gambarkan kepuasan yang ada dalam diri ini, apabila melihat rekaan saya diterjemahkan dan direalisasikan menjadi busana yang sungguh indah oleh si penjahit.
Semenjak diperkenalkan kepada seorang tailor bernama Encik Yusof, saya kembali ligat mereka-reka fesyen. Encik yusof ternyata bukan sembarangan tukang jahit dan kepakarannya dalam kerja-kerja jahitan sememangnya tiada tolok bandingannya. Rekaan saya sememangya tidak akan seberapa tanpa khidmat tukang jahit yang bernama Encik yusof ini.
Sentiasa mengagumi dan mencintai budaya timur, rekaan saya mungkin moden tetapi memiliki sedkit unsur Japanese dan korean.=). Malah, saya turut membuat rekaan sendiri untuk baju raya kali ini. Untuk menampakkan kelainan, dalam rekaan baju raya ini, saya memilih untuk menyerapkan sedikit elemen budaya china. Ramai lagi sahabat seperti Ainun, wana, Nurul dan Picah juga turut menyukai rekaan ini=).