Gian menonton drama bersiri Jepun semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini....Bila dah menonton satu episod, akan beralih dan melarat kepada episod yang lain pula, dan pastinya penulis tidak mampu berhenti sehinggalah berjaya menggusaikan cerita bersiri tersebut. Kini, perhatian penulis terarah kepada satu lagi drama bersiri Jepun, Bambino. Secara ringkasnya, Bambino berkisarkan pergolakan dan cabaran yang terpaksa didepani oleh seorang anak muda bernama Bambino (digelar bambi), dalam menggapai impian dan cita-cita untuk menjadi Chef yang berjaya. Menarik drama ini bukan sahaja menampilkan Sawada (maaf, penulis tidak tahu nama sebenar watak utama drama ini), tetapi kredit tentulah lebih menjurus kepada jalan ceritanya yang tidak membosankan, maksud penulis, konflik dalam jiwa watak utama cerita ini dan juga sisipan unsur humor yang segar =).
Seakan pengkritik seni pula komentar di atas. =P. Secara jujurnya, penulis bukanlah pengkritik seni yang baik, kerana penulis tidak pernah mendapat sebarang pendidikan khas dalam bidang yang berkaitan dengannya. Dalam maksud yang lain, komentar Bambino di atas hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata. Terpulanglah kepada anda untuk menilai.. Pembaca blog ini yang berminat untuk menonton bambino bolehlah meminjam external disk penulis.=P.
Sedikit sebanyak cerita Bambino mengingatkan impian penulis sewaktu belajar di KMB sedikit waktu dahulu. Pada waktu itu, penulis menyimpan impian untuk membuka perniagaan kedai makan, lebih tepat lagi, membuka restoran masakan antarabangsa. Tetapi, ironi sekali, kerana penulis jarang sekali berada di dapur, apakan pula mengenal erti sakit terkena minyak panas ataupun muka melekit kerana bahang minyak. Walabagaimanapun, tamat pengajian di KMB, sewaktu menunggu result IB diumumkan, penulis mula mengasah bakat dalam bidang penulisan. Betullah kata sesetengah orang, rasa cinta itu adakalanya sukar sekali untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata. Begitulah juga dengan minat penulis dalam bidang penulisan. Walau pun tidak pernah sekali pun terfikir untuk minat atau berkecimpung dalam bidang penulisan, tetapi apabila mula menjinakkan diri, rasanya sedikit demi sedikit, seni ini sudah mula sebati dalam jiwa. Akhirnya penulis sedar, bakat penulis lebih kepada bidang penulisan, bukan dalam bidang masakan. Adakalanya, penulis terfikir, sejauh manakah penulis mampu pergi dalam bidang ini,sementelahan lagi penulis kini menuntut dalam jurusan perubatan. Tetapi, memetik kata-kata ketua Chef dalam cerita Bambino, " sesiapa yang tidak fokus dengan masa sekarangnya, tidak layak untuk menyimpan impian atau bercakap tentang masa depan." Bertapa dalamnya kata-kata itu, terus meresap dalam jiwa penulis.
Apakah pula kaitan drama Bambino dengan masakan Ainun???Ini mengingatkan penulis kepada jenaka Dr Rajgopal, (Dr microb kesayangan cik Lin), dua minggu lepas. Bertapa dua entiti yang berbeza cuba diberikan kesinambungan, kisah pokok kelapa dengan kisah lembu. Penulis cuba mereka-reka kesinambungan antara drama Bambino dengan laksa Ainun. Setiap kali laksa itu disuapkan ke mulut, setiap kali itulah penulis teringat kepada teknik memakan spagetti, mungkin kerana bentuknya yang sama. (berbentuk mee). Caranya ialah putar-putarkan spagetti itu sebelum disuapkan ke mulut. Terlintas di fikiran nakal penulis untuk melakukan perkara yang sama kepada laksa ainun.
Mungkin digamit rasa rindu dengan masakan Malaysia, Ainun memasak laksa penang itu, itulah yang penulis fikir, walau pun itu lebih kepada perasaan penulis semata-mata. Tidak banyak bantuan yang mampu penulis sumbangkan, melainkan tolong tengok dan merasa...(Hal ni penulis memang no 1 =P). Memang sangat sedap laksa tu, sehingga penulis terlupa program diet intensif yang sedang penulis jalani. Ainun menjamu semua rakan-rakan rapat dengan laksa penang yang best tu. Rasanya steps memasak laksa penang pun tidaklah terlalu rumt atau melecehkan, dan penulis tahulah sikit-sikit cara nak masak, cuma takut nak mencuba.
Penulis menutup bicara ini degan satu teka teki mudah, Apakah ramuan istimewa dalam setiap masakan???? Rasa lazatnya akan menyerap sehingga ke jiwa....Jawapannya tentulah.........................( rasanya pembaca boleh mengagaknya sendiri)
p/s: Insyallah, kalau ada kekuatan dan kesempatan, penulis akan memasak nasi dagang dan nasi kerabu dan menjamunya khas untuk pembaca ruangan blog penulis yang setia. =P
8 Comments:
ramuan istimewa?
personally,kalau msk dgn kasih syg mesti sedap.kalau ibu kita masak, telur goreng dgn kicap pon sedap.yang jadi ramuan special tu sbb bila msk dibayangkan org2 yg kita syg yg akan mkn food tu.sbb tu sedapnya meresap.
nway,laksa tu mmg sedap.ngeh3
August 3, 2008 at 9:57 AM
x aci.
org divya disisihkan.
nak laksa jugak
August 3, 2008 at 10:59 AM
Cik Lin: aah itulah jawapannya...wat else make the best cook in da world???? Right???
Encik Adzmin: Eheh, baru smlm org2 F16 ajak makan. X kenyang lagi ker??? Lagi pun bukan as yang masak, apalah yang mampu as buat. Mintalah sendiri dengan cik Aiun.
August 3, 2008 at 4:46 PM
thnx kt anne n korang sume..sodap la~ kurang siket windu pada kampung laman..
;)
August 3, 2008 at 9:21 PM
senang je teka teki tu. jawapannya?
.........................
haha!
nak jugak nasi dagang dgn nasi kerabu
August 4, 2008 at 4:39 AM
Cik E:owh, baguslah klu rindu kampung terubat...
Encik hafiz: Hahaha....cam tau jer jwpnyer...hehehe.malu2 lak nk ckpkan????NNt as bg nasi kerabu n nasi dagang sbb hafiz cam pembaca setia jer=P
August 4, 2008 at 3:50 PM
nak nsik kerabu kaler biru..ngeh ngeh..demand lelebih pulak
August 6, 2008 at 7:14 AM
x derlah demand sngt permintaan tu...lagi demand klu warna cam pelangi:P
August 14, 2008 at 3:51 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home