HIKMAH -Once, I used to use, heard and utter this word quite often, but something was lacking behind during that time - appreciation. Now, after going through all sort of journey in my life, I'm little bit kinda understand what it is all about. I believe that, He already set a plan in my life,and no matter how bad I feel about it, it all happened because of good reason. He fills my life time memory with different sort of flavours. Welcome to my time capsule - Flavour Of Life

Saturday, August 16, 2008

Nasi Ayam sakura (suka hati jer bagi nama =P)

Seakan ruangan masak memasak pula ruangan blog penulis ni. Lepas satu, satu masakan yang penulis muatkan dalam blog penulis ni. Tetapi rasanya, tidak mengapa kerana memasak pun boleh menggambarkan perasaan sebenar penulis. Bukankah memasak itu hasil dari seribu satu macam acuan perasaan? (Baca mood). Jika dalam blog penulis sebelum ni, penulis sibuk memberikan komen tentang masakan rakan-rakan, kini tibalah masanya untuk penulis menilai masakan sendiri=P.
Pada hari kemerdekaan India yang ker 61,penulis mencuba satu resepi baru. Eheh...jangan salah faham pula...resepi ini dimasak bukan bersempena hari kemerdekaan India. Sebenarnya sudah lama penulis berniat untuk mencuba resepi ni. Masakan ni penulis cuba di salah sebuah restoran di MG road, pas tu cam tau2 jer macam mana nak masak. huhuhu.
Pagi itu, usai joging, penulis menyediakan bahan- bahan untuk memasak, sambil menunggu peluh menyejat. Ayam direbus, Cendawan dan lobak dihiris, bawang merah pun sama. Pada pukul 11 pagi, barulah penulis mula memasak. Bayangan Satu persatu wajah rakan-rakan bertandang di minda penulis semasa penulis bertungkus lumus di dapur. Penulis berjaya menyiapkan masakan yang bernama nasi ayam sakura pada pukul 12. 30 tengahari. Wah, agak lamakan????
Secara jujur, percubaan pertama penulis kali ini tidak barapa menjadi. Penulis agak cuak-cuak juga semasa menjamu rakan-rakan kerana rasanya tidak berapa sedap dil lidah penulis. Tetapi ada di kalangan mereka yang kata sedap (assume mereka ikhlas), malah ada juga yang kata ada iras2 nasi kerabu...=P. Fuh, agak lega juga di situ. Mungkin ada yang curious nak tahu, sebenarnya nasi yang penulis masak tu adalah nasi goreng kampung. Hmmm nasi ni memang favourite penulis dari dulu lagi....sejak dari kecik, penulis memang pakar memasak nasi goreng kampung. Tetapi nasi goreng yang penulis masak pada hari itu tidak seberapa umph gara-gara tiada ajinamoto =P. Satu lagi, nasi goreng tu agak keras, kerana penulis tersilap letak kurang air semasa menanak nasi itu, maklumlah dah lama tak makan nasi. Setelah melalukan beberapa post moterm, penulis dapat ayam tu tidak garing. Sepatutnya ayam itu warnya dibiarkan hangit sedikit.
Apa pun, siapa2 yang berminat bolehlah mencuba resepi di bawah sempena ramadhan yang bakal menjelang tiba.
Bahan-bahan utk masak ayam:\
a) Ayam (of courselah kan???)
b) cendawan
c) Sos tiram
d) madu
e) sesame
g) garam dan gula ( kat2 nok)
h) lada hijau
i) Chilli sos
j) halia, bawang putih, bawang besar
cara nak masak.:1) Ayam potong kecik2 tau. Kukus ayam sehingga lembut di tangan:P.Celupkan ayam dalam madu, pas tu goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
2) Sambil tunggu ayam kukus, bolehlah masak kuah. Masukkan minyak, panaskan,dan tumis halia dan bawang puteh. Tumis sehingga naik aroma...lepas tu masukkan kicap, dan Chilli sos. Goreng sehingga agak pekat. Pas tu masukkan cendawan, bawang besar dan juga sesame.
3) Bila kuah tu dah sebati dan nampak cam kuah, masukkan ayam-ayam yang telah siap digoreng. Pandai-pandailah adjustkan dia punyer rasa manis ker, masam ker, ok???

Saturday, August 2, 2008

Bambino, impian, laksa Ainun =)





Gian menonton drama bersiri Jepun semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini....Bila dah menonton satu episod, akan beralih dan melarat kepada episod yang lain pula, dan pastinya penulis tidak mampu berhenti sehinggalah berjaya menggusaikan cerita bersiri tersebut. Kini, perhatian penulis terarah kepada satu lagi drama bersiri Jepun, Bambino. Secara ringkasnya, Bambino berkisarkan pergolakan dan cabaran yang terpaksa didepani oleh seorang anak muda bernama Bambino (digelar bambi), dalam menggapai impian dan cita-cita untuk menjadi Chef yang berjaya. Menarik drama ini bukan sahaja menampilkan Sawada (maaf, penulis tidak tahu nama sebenar watak utama drama ini), tetapi kredit tentulah lebih menjurus kepada jalan ceritanya yang tidak membosankan, maksud penulis, konflik dalam jiwa watak utama cerita ini dan juga sisipan unsur humor yang segar =).


Seakan pengkritik seni pula komentar di atas. =P. Secara jujurnya, penulis bukanlah pengkritik seni yang baik, kerana penulis tidak pernah mendapat sebarang pendidikan khas dalam bidang yang berkaitan dengannya. Dalam maksud yang lain, komentar Bambino di atas hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata. Terpulanglah kepada anda untuk menilai.. Pembaca blog ini yang berminat untuk menonton bambino bolehlah meminjam external disk penulis.=P.


Sedikit sebanyak cerita Bambino mengingatkan impian penulis sewaktu belajar di KMB sedikit waktu dahulu. Pada waktu itu, penulis menyimpan impian untuk membuka perniagaan kedai makan, lebih tepat lagi, membuka restoran masakan antarabangsa. Tetapi, ironi sekali, kerana penulis jarang sekali berada di dapur, apakan pula mengenal erti sakit terkena minyak panas ataupun muka melekit kerana bahang minyak. Walabagaimanapun, tamat pengajian di KMB, sewaktu menunggu result IB diumumkan, penulis mula mengasah bakat dalam bidang penulisan. Betullah kata sesetengah orang, rasa cinta itu adakalanya sukar sekali untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata. Begitulah juga dengan minat penulis dalam bidang penulisan. Walau pun tidak pernah sekali pun terfikir untuk minat atau berkecimpung dalam bidang penulisan, tetapi apabila mula menjinakkan diri, rasanya sedikit demi sedikit, seni ini sudah mula sebati dalam jiwa. Akhirnya penulis sedar, bakat penulis lebih kepada bidang penulisan, bukan dalam bidang masakan. Adakalanya, penulis terfikir, sejauh manakah penulis mampu pergi dalam bidang ini,sementelahan lagi penulis kini menuntut dalam jurusan perubatan. Tetapi, memetik kata-kata ketua Chef dalam cerita Bambino, " sesiapa yang tidak fokus dengan masa sekarangnya, tidak layak untuk menyimpan impian atau bercakap tentang masa depan." Bertapa dalamnya kata-kata itu, terus meresap dalam jiwa penulis.


Apakah pula kaitan drama Bambino dengan masakan Ainun???Ini mengingatkan penulis kepada jenaka Dr Rajgopal, (Dr microb kesayangan cik Lin), dua minggu lepas. Bertapa dua entiti yang berbeza cuba diberikan kesinambungan, kisah pokok kelapa dengan kisah lembu. Penulis cuba mereka-reka kesinambungan antara drama Bambino dengan laksa Ainun. Setiap kali laksa itu disuapkan ke mulut, setiap kali itulah penulis teringat kepada teknik memakan spagetti, mungkin kerana bentuknya yang sama. (berbentuk mee). Caranya ialah putar-putarkan spagetti itu sebelum disuapkan ke mulut. Terlintas di fikiran nakal penulis untuk melakukan perkara yang sama kepada laksa ainun.


Mungkin digamit rasa rindu dengan masakan Malaysia, Ainun memasak laksa penang itu, itulah yang penulis fikir, walau pun itu lebih kepada perasaan penulis semata-mata. Tidak banyak bantuan yang mampu penulis sumbangkan, melainkan tolong tengok dan merasa...(Hal ni penulis memang no 1 =P). Memang sangat sedap laksa tu, sehingga penulis terlupa program diet intensif yang sedang penulis jalani. Ainun menjamu semua rakan-rakan rapat dengan laksa penang yang best tu. Rasanya steps memasak laksa penang pun tidaklah terlalu rumt atau melecehkan, dan penulis tahulah sikit-sikit cara nak masak, cuma takut nak mencuba.


Penulis menutup bicara ini degan satu teka teki mudah, Apakah ramuan istimewa dalam setiap masakan???? Rasa lazatnya akan menyerap sehingga ke jiwa....Jawapannya tentulah.........................( rasanya pembaca boleh mengagaknya sendiri)








p/s: Insyallah, kalau ada kekuatan dan kesempatan, penulis akan memasak nasi dagang dan nasi kerabu dan menjamunya khas untuk pembaca ruangan blog penulis yang setia. =P